Wednesday, July 29, 2009

Cissss


Bile aku cari ko takde.

Bile ada kaler lain plak yg timbul. Kaler lagi satu masih M.I.A

Haihhhhhh. Takde jodoh la gamaknye kite nih.


Tuesday, July 28, 2009

CUTI!!!!!!!!!

UPM CUTI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Berkuatkuasa hari ni sampai 4 August, next week because of H1N1.

Yeahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Bleh? :P

Sunday, July 26, 2009

2 ekor lintah melekat...

..as am writing right now,

I have one kid melekat di ketiak kiri, sambil latching herself to my boob,
and the other one tengah cari bau di ketiak sebelah kanan.

How blissful it is to be a mother. Annoying at times but rewarding, nonetheless.

p/s: how did i manage to type this? dont even ask. :P
nite nite pepel.

Thursday, July 23, 2009

MAXI COSI for sale! - SOLD!!!!


  • Hanya sempat dipakai 3 bulan sahaja
  • Exactly the same color as above (Midnight Blue)
  • Come with attachable canopy
  • Boleh fix pada Quinny Zapp
  • Brand new with NO wear and tear
  • Does not come with a box
  • Preferably to COD anywhere within Klang Valley
  • Installments are accepted
Email me at: nadiahkhair@gmail.com for the price and utk deal.
Any questions are also welcome.

Serious buyer please. Sebab nak cepat let go to buy another car seat for Mia Sarah. :D

Friday, July 17, 2009

Mia Sarah - 3 months and 2 weeks old


Can you believe it takes 30-odd shots to have 1 nice picture?

How is she doing?
Greatttt! She's now up to 5oz per feeding every 3 hours, during day time [thank god] cause she's only up for 1 meal at night. Around 5ish. Then she'll happily doze off. But more feedings during day time means I have to pump more at the office. Currently, I have trying direly to meet my own pumping schedule, but works usually get the best of me. I am suppose to pump at 9, 12 and 3. But I could rarely make it at 9 and I have to miss 3 o'clock schedule since I have classes on Monday and Thursday. But I'll make sure that I have at least 30 oz per day. Up til now, alhamdulillah, stock masih ada including ones at mak and home.

She still hasnt been to paeds office yet. My work schedule is a mess nowadays. Plus I cant bring her to my regular GP, since Dr Nadzim will foresee her 2nd dose of Rotateq. Besides a few skin allergy marks on her cheeks, she's one happy bear. Thats what she is nowadays, my cuddly bear.

Her progress are more or less kids her age. She has mastered the art of turning over . And has started to push herself forward. So I have to keep an eye on her more, while the other eye on Iman. I still have to keep an abritrary line for him. Otherwise, there will be eyes to poke, legs to pull and tummy to smack. Dia bergurau kasar. Sian adik.

Oh adik, stay baby will you. Dont grow up so fast. =)

Monday, July 13, 2009

Malam tak bermakna

MAYDAY! MAYDAY!


TITANIC IS ON 413!!!!



Babe, ko igt tak kenangan indah kite? Rose Imbruglia Dawson??

Bliss kan zaman tuh?

Miss you babe.


Sleepless in BSP

At the time of this post, it is only 10pm. But we were suppose to be sleeping. Actually nak train the kids to sleep early, since they'll be dragged out of beds by 7am every weekday mornings. But unless we're asleep, they'll somehow manage to prick their eyes open. Especially Iman. Nak-nak time weekend, when we planned to see our fortnightly pirated catch. Time tulah die nak ajak papa die naik tidur sekali. Laki haku plak kalau tidurkan anak, ngn die2 terbabas.

Apa die?

Setiap malam, malam pertama?

Kirim salam.

Once you have kids.

Nak-nak anak yg jenis rela mata kene glue gun utk stay awake dr tidur. Haiyuh. So we've talked about training them to sleep at 10pm everyday, no excuses. But apparently, mak bapak die yang lagi buruk mata. Cukup masa nak gosok gigi, mata pun dah atas sinki.

Letih.

The reason being, new semester have resumed!!!

For us lecturers, it's a bane of our life kalau depa ni masuk. Bukan menyampah nak mengajar tapi menyampah nak isi macam2 borang. Yeee people!! mengajar sekarang bukan mcm dulu ok? For 1 credit hour of lab, ada 2 forms to be filled during lab hours. PO6 and PO14. Individually mark for group work lah, attentive-ness during lab la, even proper attire during lab pun important. Itu namanye OBE belum ISO lagi.

My thesis has taken 2nd tier place. No longer on my pedestal. Hape? Korang ingat dah hantar? Belummmmmmmmm. 2nd correction draft. Suppose lagi a week je nak hantar. Tapi a week has taken 3 weeks. Kerja takde dateline macam ni lah. You need lots of discipline. LOTS OF IT! Jangan mimpilah nak buat kerja kat rumah. Memang tak jadi.

Oklah peeps. Mata dah macam kene sangkut batu bata beratnye. tata!

p/s: tidolahhhh imannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.





Saturday, July 11, 2009

Activity hujung minggu


Thursday, July 09, 2009

Hari dating tiba lagi

Hari dating 26 June.

Hehe. Sanggup menghasut [bukan hasut je, siap mengugut] Mr.Big supaya ambik cuti sebab nak pergi sale GAP. Weekend tuh last sale and tak sempat nak pergi sebab ada hal lain. So pergilah kami melabur di taman hari Jumaat tu. Heaven.

Sempat membeli baju raya budak2. Till now, masih rasa tak cukup. Setiap kali masuk kedai baju, baju Iman juga yang dibeli. Baju Sarah masih clueless. Clueless warna. Clueless style. Clueless size. Serba serbi clueless. Ada yang beli nampak besar, sampai rumah ketat metat. Ada yang nampak macam kecik, xbeli. Nyesal tak sudah. Haihh. Ingat ada anak perempuan mcm2 boleh beli, in the end, baju Iman jugak senang.

Baju raya kurung, dah setel, nak kene pick up hari merdeka sok. Terbang $$$. Mr. Big's and the kids, beli siap aje kot. Raya Seri Kembangan tahun ni, so beli kat Omar Ali Alamanda. Hopefully ada kaler yang boleh matching mechot. Kalau tak ada, terpaksa la mak bertandak kat Jln TAR malam raya.

Hohoh. Gile excited raya tahun ni. [Macam raya tahun2 lepas tak excited. :)]


Bersama salah satu bag yg tunjuk kotak hari tu. Tulah die. :) Cukuplah tu eh?



Ada ke ini orang nak buat deco rumah mcm ni? Nak suh Iman panjat ke?


Berdating tanpa makan adalah tidak sah. :D. Di Delicious. Roast chicken dia yang sauce hijau tu not bad jugak. Suka tomato roasted bruschetta dia.


Update cerita hari tu

Terima kasih banyak2 buat semua yg tinggalkan komen psl cerita ni. Sabar tetap sabar tapi perasan terkilan tu masih ada.

Kisahnya begini. Rumah tu peninggalan emak & ayah mertua. Dua2 dah meninggal. Ayah mertua meninggal masa Mr.Big umur 8 tahun dan emak mertua baru 2 tahun meninggal. So kire itu lah rumah pusaka. Buat adik-beradik berkumpul ketika raya or bila2 nak buat kenduri and what not.

Dijadikan cerita, rumah tuh kakak ipar dengan 2 org anak perempuannya tinggal rumah tu. Sebab dia kematian suami, jadi emak wasiatkan supaya rumah tu die yg duduk dan jaga. On the day the accident happened, die pergi bekerja dan anak2 pun sekolah. Yang kebetulan ada di rumah tu, biras dan anak dia 3 org yg kecik2. Sorg sebaya dgn Mia Sarah, ada dlm buai. Kebetulan biras mak tu tgh tidur, anak dia 2 org dtg berlari kata rumah terbakar dari bahagian atas. Dia yg panik lari ke rumah jiran terlupa anak dlm buai. Sampai di rumah jiran, dia jatuh pengsan. Maybe sebab teringatkan anak dlm buai. Nasib baik ada jiran rumah depan yg mmg baik dgn keluarga mertua dtg tgk rumah terbakar tolong check kan sapa ada kat dalam. Dia terperasankan baby tu, dia terus bawak lari. Alhamdulillah budak tu selamat.

Tapi api rumah tu naik menjulang2. Akak ipar kebetulan tgh mengajar dlm kelas, ada student die ckp, ada rumah terbakar. Dia tak terfikir rumah dia. Tapi suami dia yg ade kat johor [jiran telefon] call and beritahu 'jangan panik tapi rumah emak terbakar'. Dia lari tinggalkan kelas, terus masuk kereta balik rumah emak. Sampai depan jalan rumah emak, dia terus keluar kereta and tahan kereta org lain. Mintak selamatkan rumah adik dia kat baruh rumah emak. Sebab masa tu die dah nampak api dah meniti thru wire letrik. Naseb baik org tuh willing to help, berhenti pecahkan pintu rumah kak Wa and matikan fuse box. So selamat rumah dia.

Yang tak selamat rumah emak and rumah atok sebelah rumah. Yang menyedihkan atuk tu tinggal sebtg kara. Bila rumah dah terbakar mcm tu, kesian kat dia. Tak tahu die tinggal mana sekarang ni.

Tapi yang geram, IF BOMBA Jasin datang cepat, maybe half of the rumah boleh diselamatkan. Tapi BOMBA JAsin yg 10 minutes away tu sampai 45 minutes later!!! Kalau jadi kat korg, xnak ke ko bantai depa? Sakit hati. Bomba Bukit Katil and Tangkak boleh sampai dulu. Jauh plak tu. Dijadikan cerita, ADUN Jasin lalu dan berhenti. Polis berkereta2 sampai tapi Bomba tak sampai2. So org ramai dtg TENGOK rumah tu terbakar sahaja. Tak dapat nak selamatkan apa2 pun.

Realising the BOMBA's fault, ADUN tu made calls everywhere. So immediately after the accident, Jabatan Kebajikan Masyarakat dtg bawak beras, biskut, pampers, baju, selimut hatta seluar dlm pun dieorg provide. Betapa bagusnya. Jabatan Pendidikan pun cepat, terus berikan kupon kepada anak2 sedara yg sekolah suh pergi BATA ambik kasut, baju and bag sekolah. Buku maybe setel kat sekolah. And then, terus berikan details nak clearkan tapak utk bina rumah PPRT. Alhamdulillah. At least nasib akak ipar dan anak2 terbela.

Cuma, off course lah, perasaan ralat di hati masih ada. Itulah kampung, itulah tempat membesar. Sedih tak terhingga. Ada yang ckp 'Emak pergi bawak rumah sekali'. Hilang rumah ibu satu perasaan yang tak dpt digambarkan. Even I am lost for words. Sedih dan teramat pilu.
Saat ni mula terbayang raya yang tak lama lagi. Terbayang memori lama. Terbayang emak yg tak ada.

To be frankly honest, I didnt know how to console Mr. Big till now. Clueless. Tak tahu mana nak bermula and frankly, tak tahu nak cakap apa. Yang tinggal hanyalah kenangan manis dia bersama emak dan rumah pusaka tu.

I am sooooo sorry this happened abang.

Mungkin ALLAH beri ujian buat orang yang setabah dan sekuat abang.


Kerja, kerja, kerja

Nak update blog tapi perut punyalah lapar. Takde mood seyh.

Tak sempat nak keluar lunch sebab nak siapkan lab manual student sebelum briefing pukul 2 tadi. Habis pukul 3-sesi breastpumping bermula.

Nih baru nak mengadap kerja no.2.

'Someone' dah sibuk tanya, mana kerja MEGA? Malasnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.


Wednesday, July 01, 2009

A sad day

UPDATED!!



We've just received the bad news.

Mr.Big's family house terbakar this morning.

And sadly nothing could be saved.

I feel so bad for him.

All his childhood memories went up in flames, literally.

How do you console someone of that?